SANDAKAN: Remaja lelaki warga asing yang ditemukan maut akibat renjatan elektrik dipercayai terkena kabel elektrik daripada sambungan haram di kawasan setinggan di Kampung Datu Pangeran Batu 7, di sini.
Dalam kejadian itu, kabel elektrik tersebut ditemukan melekat pada badan mangsa yang tertiarap di bawah sebuah rumah.
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut pada jam 10.31 pagi.
"Hasil siasatan di lokasi perkampungan setinggan tersebut mendapati mayat seorang lelaki warga asing dalam keadaan tertiarap di bawah sebuah rumah.
"Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik berpandukan kabel elektrik penyambungan haram yang melekat pada pada badannya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut Abdul Fuad lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Duches of Kent (HDOK) untuk tujuan bedah siasat.
"Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan pasukan bomba menerim panggilan bagi bantuan mengangkat mangsa yang ditemukan maut dipercayai terkena renjatan elektrik. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 11 2024
Kabel elektrik tersebut ditemukan melekat pada badan mangsa yang tertiarap di bawah sebuah rumah. - Gambar/ Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Penyambungan haram punca warga asing maut kena renjatan elektrik
Remaja lelaki warga asing yang ditemukan maut akibat renjatan elektrik dipercayai terkena kabel elektrik daripada sambungan haram di kawasan setinggan di Kampung Datu Pangeran Batu 7.
Remaja maut terkena renjatan elektrik
Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Datu Pangeran Batu 7 di sini pada Isnin.
Nelayan maut terkena renjatan elektrik
Mangsa dijumpai bapanya kira-kira 8.30 pagi tadi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Pekerja maut terkena renjatan elektrik di tapak pembinaan
Seorang pekerja warga asing maut selepas terkena renjatan elektrik di George Town Pulau Pinang.
Maut kena renjatan elektrik ketika menukang rumah
Hasrat seorang lelaki untuk menyiapkan aras atas rumahnya yang dibina sejak tiga tahun lalu tidak kesampaian apabila maut terkena renjatan elektrik.
Kebocoran arus punca insiden renjatan elektrik di gerai burger di Ipoh
Penemuan itu adalah hasil siasatan pihak suruhanjaya selaras dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Penjual burger maut: 'Dia anak yang baik, suka belanja mak cik'
Diana Ismail mengakui masih terkejut dengan berita kematian anak kedua dari tiga beradik itu, Muhamad Nadim Taqwa Abdul Malek, 14.
Dua pekerja gerai burger maut terkena renjatan elektrik
Kedua-dua mangsa yang berusia 30 dan 14 tahun itu merupakan pekerja gerai berkenaan.
Dua gajah mati kena renjatan elektrik di dusun durian
Dua ekor gajah liar yang berumur antara 20 dan 35 tahun ditemui mati akibat terkena renjatan pagar elektrik diletakkan pemilik dusun durian berhampiran Taman Negara Tai Rom Yen di Thailand.
PRN: Suruhanjaya Tenaga nasihat elak aktiviti berbahaya semasa berkempen
Suruhanjaya Tenaga menasihatkan supaya aktiviti berbahaya tidak dilakukan semasa kempen Pilihan Raya Negeri diadakan.